Wallpaper & Carpets Distributors (M) Sdn. Bhd, kami menawarkan Idea-idea dan Inspirasi yang membolehkan anda merealisasikan impian mengikut citarasa dalam menghiasi kediaman mahupun ruangan pejabat idaman anda.
Wallpaper & Carpets Distributors (M) Sdn. Bhd. Telah ditubuhkan pada tahun 1995 bagi memenuhi citarasa pelanggan serta permintaan yang sedang meningkat dalam trend hiasan dalaman kearah yang lebih canggih & anggun.
Rangkaian Syarikat kami juga terdiri daripada Metro Carpets & Furnishings yang menawarkan khidmat jualan dan pemasaran. Manakala, Metro Furnishings Sdn. Bhd. pula menawarkan khidmat jualan untuk bahagian kontrak. Syarikat kami juga mempunyai wakil-wakil jualan diseluruh Malaysia (termasuk Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei).
Silih berganti tahun, Wallpaper & Carpets Distributors (M) Sdn. Bhd. Telah membina reputasi sebagai pengedar produk hiasan dalaman seperti Kertas Hiasan Dinding, Langsir, Hamparan Permaidani, Bidai yang Bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan. Dengan segala kepakaran yang kami ada, kami mampu menawarkan khidmat yang istimewa & unik kepada pelanggan kami agar dapat memenuhi kepuasan pelanggan.
Sebuah unit Khidmat Pelanggan telah ditubuhkan bagi menghulurkan bantuan dalam menjawab segala pertanyaan anda tentang produk dan perkhidmatan kami. Pelanggan hanya perlu membuat satu panggilan untuk mendapatkan infomasi yang tepat tentang Produk terkini, harga yang ditawarkan serta khidmat pemasangan dan penghantaran.
Kami yakin, kekuatan kami dalam mendapat tempat dipasaran masa kini adalah kerana motto yang telah menjadi peggangan kami setelah sekian lama iaitu, “Perkhidmatan, Pemilihan dan Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami”




